SOALAN LAZIM MENGENAI : AKAUN MUKTAMAD
BIL SOALAN JAWAPAN
1. Bilakah masa Perakuan Akaun dan Bayaran Muktamad dikeluarkan? 3 bulan selepas tamat tempoh Tanggungan Kecacatan atau 3 bulan selepas keluarnya Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan dikeluarkan yang mana terkemudian. 
2. Perlukah dikeluarkan Perakuan Bayaran Interim Akhir sebelum atau bersama Perakuan Akaun dan Bayaran Muktamad? Tidak perlu. Borang Perakuan Akaun dan Bayaran Muktamad (JKR 66A-Pin. 2/1999) adalah lengkap dan memadai untuk menutup akaun kontrak dan memperakukan bayaran akhir. 
3. Adakah bayaran penultimate masih terpakai? Tidak kerana bayaran interim boleh terus dibuat dengan syarat tarikh penilaian mestilah dalam tempoh kontrak. 
4. Bagaimana menyelesaikan tuntutan dan kerja-kerja perubahan yang belum selesai selepas perakuan siap kerja dikeluarkan? Tuntutan dan kerja-kerja perubahan hendaklah diselesaikan secepat mungkin dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan. Bayaran kepada kontraktor kemudiannya hendaklah dibuat melalui Perakuan Bayaran Interim atau melalui Perakuan Akaun dan Bayaran Muktamad. 
5. Siapakah Pegawai Pengesyor dan siapakah pegawai yang bertanggungjawab menandatangani Perakuan Muktamad? Pegawai Pengesyor ialah pegawai yang menyelia projek manakala pegawai yang menandatangani perakuan ialah Pegawai Penguasa 
6. Bagaimanakah sekiranya kontraktor tidak bersetuju dan enggan menandatangani Perakuan Akaun dan Bayaran Muktamad? Kontraktor diberi tempoh selama 30 hari dari tarikh penerimaan untuk menandatangani Perakuan Akaun dan Bayaran Muktamad. Bayaran akan diteruskan selepas tempoh itu walaupun kontraktor enggan menandatangani perakuan tersebut.  Kontraktor seterusnya boleh mengemukakan bantahan dan kes boleh dibawa ke mahkamah atau timbangtara.
7. Adakah kontraktor perlu memohon (dengan mengemukakan surat)untuk pelepasan Wang Jaminan Pelaksanaan 100% /baki 50% selepas Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan dikeluarkan? Tidak perlu 
8. Mengapa maklumat yang telah diisi tiada dalam paparan SMATRAK? Cth: Rekod Utama Projek Maklumat "SST telah tandatangan dan dikembalikan oleh Kontraktor?" adalah BELUM  
9. Mengapa terdapat 'error' pada paparan setelah mengisi Rekod Utama Baru projek? Kerana telah ada rekod utama menggunakan Nombor Kontrak yang sama 
10. Mengapa rekod kemajuan bayaran interim yang telah direkodkan tidak mengikut susunan Tarikh penilaian bagi setiap rekod tidak diisi sepenuhnya 
11. Bagaimana untuk menutup akaun jika kontraktor tidak dapat dikesan. Tindakan menutup akaun boleh diteruskan tanpa menunggu kontraktor dikesan. Walau bagaimanapun bagi tujuan bayaran akhir, bayaran boleh diuat kepada pihak Amanah Raya.  Nasihat mengenai tindakan yang perlu diambil hendaklah diperolehi daripada pihak Akauntan atau Penasihat Undang-undang yang mana berkenaan